23/04/12

Terapi Herba di MARDI oleh PISMP 5 H



Salah satu terapi yang perlu dikuasai oleh guru Pendidikan Khas ialah Terapi Herba. Terapi herba ini akan mendedahkan guru pelatih kepada fungsi herba yang merupakan satu keperluan untuk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas ini. Selain itu, ia juga dapat memberikan pengalaman dan pendedahan baru kepada guru pelatih mengenai jenis-jenis tumbuhan herba dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Diharapkan terapi herba ini akan membantu guru dalam mengendalikan murid-murid bermasalah pembelajaran di sekolah kelak.


Untuk tujuan berkenaan , satu lawatan telah diatur ke Pusat Latihan MARDI, Persiaran MARDI-UPM, Serdang. Amali terapi ini disertai seramai 18 orang guru pelatih daripada kumpulan PISMP 5H dan seorang pensyarah pembimbing, Cik Siti Salamah bt Mohd Yusof.





Pihak MARDI telah menyediakan satu slot tayangan multimedia dan ceramah tentang aktiviti R&D  herba di MARDI. Ceramah ini telah disampaikan oleh En Wan Zaki iaitu Pegawai Agronomi & Sistem.

Moderasi Kerja Kursus Peringkat JIP


Aktiviti moderasi dibuat di bilik D 1.18 

Pada 12 April 2012, satu moderasi kerja kursus telah diadakan di peringkat Jabatan Ilmu Pendidikan. Semua kerja kursus melibatkan program PPISMP, PISMP, DPLI dan juga PPG telah dibuat semakan semula antara pensyarah dan disahkan oleh ketua moderator untuk tujuan menjamin kualiti dan ketekalan pemeriksaan kerja kursus pelajar.


 Tekun sungguh.....

19/04/12

Musim Praktikum di JIP

Semester ini, Januari hingga Mei 2012 agak mencabar kepada semua pensyarah di IPG KBM termasuklah pensyarah-pensyarah di  Jabatan Ilmu Pendidikan. Tugasan P&P pada hari-hari biasa, P&P untuk PPG     di hujung minggu, tugasan penyeliaan praktikum dan tugas-tugas pengurusan yang lain, menuntut pensyarah menanganinya dengan sistematik,  FIP : first, Important, Priority...

Pada semester ini, bukan sahaja pelajar semester 5 menjalani praktikum Fasa 1, malah pelajar semester 7 menjalani praktikum Fasa 3 dan tidak ketinggalan pelajar-pelajar KPLI KDC. Akibatnya pensyarah-pensyarah JIP terpaksa bergelut untuk menepati masa penyeliaan pelajar-pelajar berkenaan di samping tugas-tugas utama yang lain .

 SK Balok, Kuantan, Pahang
Purata 7 hingga 10 orang guru pelatih terpaksa di selia oleh seorang pensyarah, yang paling dekat SK Bangsar, Kuala Lumpur  dan paling jauh SK Ulu Tembeling, Pahang. Penyeliaan praktikum merentasi tiga negeri, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga ke Pahang Darul Makmur.
 .SK.Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang
SK Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang
 SK Ulu Tembeling, Pahang

 Pengajaran di pondok kerana ketiadaan elektrik

 Pengangkutan ke SK Ulu Tembeling dan rumah penginapan pensyarah

SK. Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang

Resiliens Guru Permulaan Di sebuah Sekolah Pedalaman : Kajian Kes


RESILIENS GURU PERMULAAN DI SEBUAH SEKOLAH PEDALAMAN :

Noorashikin Edin
Jabatan Ilmu Pendidikan IPG KBM

Pameran Peka Pemulihan oleh DPLI Pendidikan Pemulihan

Pada 9hb April,2012, telah diadakan Pameran Peka Pemulihan oleh DPLI Pendidikan Pemulihan di Dewan Za'ba, IPG KBM.  Pameran ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan mengukuhkan pengetahuan guru-guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran nanti di sekolah. Guru pelatih juga dapat mendalami dengan lebih dekat lagi strategi P&P yang berkesan, kreatif, inovatif dan produktif.

antara contoh-contoh Bahan Bantu Mengajar yang disediakan oleh guru pelatih




Lawatan PISMP 3F ke Persatuan Disleksia Malaysia

Sebagai bakal guru Pendidikan Pemulihan Khas, salah satu masalah pembelajaran yang akan  ditemui ialah masalah disleksia. Oleh sebab itu pada 5hb April,2012, pelajar PISMP 3F telah melakukan lawatan ke Pusat Persatuan Disleksia Malaysia.

Semasa lawatan ini, pelajar telah didedahkan dan diberikan pendedahan dan kesedaran, terhadap masalah yang dihadapi oleh murid disleksia dan cara menanganinya dalam P& P.



Pelajar juga dapat mendalami lebih dekat strategi P&P yang berkesan, kreatif, inovatif dan produktif dalam pendidikan disleksia.


Bengkel Terapi Hidro di Kompleks Sukan Bangsar

Pada 17hb.April,2012, pelajar PISMP 5H telah menjalani bengkel Terapi Hidro bertempat di Kompleks Sukan Bangsar, Kuala Lumpur. Terapi Hidro adalah salahsatu cara pengubatan ilmiah yang menggunakan air kerana air memiliki daya penenang.

 Pelajar didedahkan dengan terapi ini kerana fungsi terapi ini adalah satu keperluan untuk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas. Adalah diharapkan dengan pendedahan ini , pelajar akan dapat merangsang pemikiran kreatif untuk merangka aktiviti atau permainan semasa di air.





Terapi Hidro mempunyai banyak kelebihannya, antaranya dapat menghilangkan tekanan, merangsang pertuturan, simulasi sistem otak,membina keyakinan diri, meningkatkan daya pengamatan dam memberi latihan koordinasi badan dan anggota lain.

Contoh pengajaran KH dalam Pendidikan Khas SR mengunakan pendekatan pengalaman sebenar.

 SET INDUKSI : murid-murid diminta mengasingkan bahan-bahan mengikut kategori

 Proses mengasingkan bahan.

LANGKAH 1: Memungut sawi yang telah ditanam secara hidpronik
 Menyediakan bahan-bahan untuk memasak

Panduan resipi dan cara menasak yang telah disediakan oleh guru.


 LANGKAH 2 : Proses menyediakan nasi goreng bermula.








16/04/12

LPS : Kaedah e-BATU dalam Pemulihan Khas


Pada 19 Mac 2012, Jabatan Ilmu Pendidikan telah menganjurkan Latihan Pembangunan Staf berkenaan Kaedah e-BATU dalam Pemulihan Khas. Fasilitator yang dijemput ialah Puan Hajah Rusminah Embi, Guru Besar di SK (L) Jalan Batu, Kuala Lumpur. Beliau telah memenangi anugerah inovasi untuk kaedah e-BATU. Kaedah e-BATU ini telah digunapakai di 30 buah Pusat Latihan Khidmat Negara untuk mengajar pelatih yang tidak boleh membaca. 

Fasilitator,  Puan Rusmimah Bt Embi

Kursus ini memberi pendedahan dan ilmu baru kepada semua pensyarah kerana segala aktiviti dijalankan secara 'hand-on'. Semua pensyarah telah menunjukkan dedikasi dan minat mendalam sepanjang berkursus. Pelbagai aktiviti, telah diikuti dengan penuh kerjasama dalam suasana ceria.






5/04/12

Terapi Bowling di Pusat Beli Belah Mid Valley.

Pada 27 Feb 2012, kumpulan 5H major Pendidikan Khas Sekolah Rendah telah melaksanakan satu lagi latihan Terapi iaitu Terapi Bowling. Terapi ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang cara menguruskan masalah motor halus dan motor kasar yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas.


Terapi fizikal adalah satu latihan rawatan yang digunakan untuk mengubat dan mencegah untuk menyembuh penyakit fizikal tertentu, melalui latihan dan peregangan dan pada masa yang sama mencegah kemungkinan satu keadaan menjadi semakin teruk.Terapi bowling adalah satu fizikal terapi yang penting kepada murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar. Selain itu, terapi bowling membantu murid berkeperluan khas membina keyakinan diri, belajar untuk bersaing dan bekerjasama antara satu sama lain. Terapi bowling amat berkesan kepada murid berkeperluan khas dan biasanya dilakukan di sekolah.








Terapi bowling adalah salah satu terapi alternatif yang boleh diaplikasikan oleh guru di sekolah. Jadi adalah diharapkan dengan latihan ini dapat meningkatkan kemahiran bakal-bakal guru ini dalam bermain bowling secara praktikal. Latihan terapi ini telah dibantu oleh koordinator Cik Siti Zaleha Supiran.



Konvokesyen IPGM 2012 di PICC


Pada tanggal 24hb. Mac 2012, Institut Pendidikan Guru Malaysia telah mengadakan konvokesyen untuk graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk kali kedua. Pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, major Pendidikan Khas SR telah dinobatkan antara pelajar terbaik keseluruhan IPGM. Satu-satunya pemegang kelas pertama untuk Kursus Pendidikan Khas Sekolah rendah iaitu Cik Khairunnisa Hanifa adalah anak didik pensyarah-pensyarah di IPG KBM. Justeru itu, semua warga IPG KBM amnya dan warga Jabatan Ilmu Pendidikan Khasnya amat berbesar hati dengan pencapaian ini. IPG KBM telah menganugerah anugerah buku dan cenderahati lain sebagai tanda penghargaan tersebut.


Yang Berbahagia Datin Pengarah IPG KBM menyampaikan anugerah khas dari IPGKBM


Cikgu Khairunnisa Hanifa bersama Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Puan Jamilah Ismail dan pensyarah Jabatan pendidikan Khas, Encik Raymond Paul serta Cik Siti Salamah Mohd Yusof.



MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "