Di Hotel Chorus, Port Dickson telah berlangsungnya Bengkel Pedagogi PPG anjuran LPS JIP untuk meningkatkan profesionalisme pensyarah. Bengkel tersebut bermula pada 31 Oktober dan berakhir pada 02 November 2012. Beberapa slot telah dilaksanakan seperti Pengkongsian Pembinaan Modul oleh Dr Shahlan Surat, Pembinaan soalan Kerja Kursus dan HOTs oleh Puan Jamilah Ismail, Bengkel Learning Object untuk pembinaan Modul PPG oleh Puan Anisah Hashim ( Modul Exe, Format Factory dan ILivid ) , Puan Sabariah ( Modul Ispring) dan Cik Siti Salamah ( Modul ToonDoo ).
|
Ketua Jabatan sedang membuat pembentangan |
|
Dr Shahlan Surat sedang membentangkan Pengkongsian Pembinaan Modul hasil penulisan PhDnya
Pada sebelah petang pula, aktiviti rekreasi dan sukaneka telah diadakan untuk meningkatkan kemesraan antara semua ahli jabatan.
Pada malam terakhir diadakan majlis barbeque dan sambutan harijadi untuk meraikan ahli Jabatan yang menyambut hari lahir dari bulan Jun hingga Disember 2012.
|