18/03/12

Ceramah Penyelidikan Tindakan

Pada tarikh 27 Februari 2012, bertempat di Dewan Zaaba, IPG Kampus Bahasa Melayu telah diadakan Ceramah Penyelidikan Tindakan untuk PISMP Semester 5 dan DPLI anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan. Penceramah khas dijemput dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, KPM iaitu Puan Dr Ura Pin a/p Cham. Ceramah ini adalah sebagai pendedahan awal kepada pelajar-pelajar untuk menyempurnakan penulisan penyelidikan tindakan mereka semasa semester 7 nanti.



Puan Dr Ura Pin a/p Cham



pelajar tekun mendengar ceramah


Terapi Pasir


Pada tarikh 13 hingga 14 Februari 2012, Pelajar-pelajar 5H telah keluar ke lapangan di Teluk Kemang ,Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menjalani aktiviti Terapi Pasir. Aktiviti ini adalah sebagai memenuhi kehendak proforma amali Kursus Pendidikan Khas Sekolah Rendah.

Pensyarah pembimbing tekun memberi penerangan tentang tugasan
.
Pelajar-peljar 5H sedang memberi penerangan tentang ciptaan mereka
.
Antara penghasilan pelajar semasa aktiviti terapi pasir.

13/01/12

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Selamat kembali ke kampus kepada semua pensyarah, staf sokongan Jabatan Ilmu Pendidikan dan para pelajar sakalian. Semoga kita semua dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi dan memperoleh kejayaan cemerlang dalam tahun 2012.

KETUA JABATAN ILMU PENDIDIKAN

8/12/11

Lawatan Ke Penerbit Majalah Ana Muslim oleh 4E



Seramai 21 orang pelajar PISMP semester 4E bersama pensyarah pengiring Cik Siti Salamah Mohd Yusof telah melakukan lawatan sambil belajar ke penerbitan majalah Ana Muslim untuk melihat dengan lebih jelas proses penerbitan majalah berkenaan.

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "