15/10/12

Pertandingan Inovasi Pedagogi dan rekacipta Peringkat IPG KBM


Pada 11 - 12 Oktober 2012 , Pertandingan Inovasi Pedagogi dan Rekacipta peringkat IPG KBM telah diadakan dengan jayanya di Dewan Zaaba, IPG KBM. Pertandingan ini diharapkan menjadi medan bagi pelajar untuk beradu daya fikir, kreativiti dan sebagai batu asah kepada usaha mereka untuk mencipta produk yang lebih inovatif, fleksibel dan kreatif yang dapat dimanafaatkan dalam profesion keguruan.

Jabatan Ilmu Pendidikan tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini. Cik Siti Salamah berserta pelajarnya dari Program Pensiswazahan Guru iaitu Hamarah bin Mohammad Arif ( Kad Abjad ) dan Nurul Asyeken Hassan ( Set 3D Variety Games ) telah terpilih bertanding Pertandingan Inovasi Pedagogi untuk kategori Pensyarah dan Pelajar, manakala Dr Shahlan Surat ( Keberkesanan strategi 4-META dalam penulisan Bahasa Melayu : satu pendekatan psikologi ) menyertai kategori Pensyarah. Tiada penyertaan dari JIP untuk kategori Rekacipta.

Tahniah dan Syabas untuk Cik Siti Salamah bersama Cikgu Nurul Asyeken yang menjuarai tempat pertama untuk kategori Pensyarah dan Pelajar, manakala Dr Shahlan Surat menduduki tempat kedua untuk kategori Pensyarah. Semoga kemenangan ini akan menjadi perangsang kepada rakan pensyarah yang lain untuk menyertai pertandingan ini dimasa akan datang.

2/10/12

Moderasi Kerja Kursus Peringkat JIP : 28 September 2012



Pada tarikh 28 September 2012, Moderasi Kerja Kursus peringkat JIP telah dijalankan secara berpusat. Moderasi ini dibuat bertujuan memastikan segala penilaian dan pentaksiran yang dibuat oleh pensyarah adalah menepati kriteria pentaksiran yang dikehendaki oleh pihak IPGM.








sembang2 sambil minum setelah bermoderasi

Dah penat bermoderasi, makanlah pula....

1/10/12

Seminar Penyelidikan Tindakan Major Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan


Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2012 untuk major Pendidikan Khas (8G) dan major Pendidikan Pemulihan (8F) telah diadakan pada 26 September 2012 dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Hamzah Fansuri, IPG KBM. 

Seminar ini dijalankan untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar berkongsi dapatan kajian dan membina ketrampilan diri dalam menjalankan aktiviti penyelidikan serta penulisan ilmiah.



Barisan panel penilai




Diharapkan dengan aktiviti yang sebegini akan menjadi pemacu kepada semua warga IPG KBM untuk menyemarakkan budaya penyelidikan yang amat penting untuk meningkatkan kualiti latihan perguruan dan pendidikan.

27/09/12

Khidmat bakti di Pusat Dalam Komuniti

Pada 27 September 2012, pelajar opsyen Pendidikan Pemulihan telah menjalankan khidmat bakti di Pusat Dalam Komuniti Taman Kanagapuram KL. Pendedahan ini bertujuan untuk membiasakan diri pelajar dengan realiti senebar murid-murid pendidikan khas.


11/09/12

Pra Seminar Penyelididkan Tindakan Peringkat JIP

Untuk mempastikan pelajar bersedia dengan Seminar Penyelidikan sebenar, satu Pre Seminar telah diadakan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan pada 7 September 2012. Pre Seminar diadakan bertujuan untuk mengasah ketajaman berfikir, kemahiran komunikasi, ketajaman ilmu dan cara mempertahankan dapatan kajian mereka.





Kejayaan merancang aktiviti Pre Seminar memberikan pelajar panduan dan pengalaman sebenar bagaimana menghadapi Seminar Penyelidikan Tindakan yang sebenarnya.

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "