Pada 23hb.Mei hingga 25hb.Mei,2011, semua ahli Jabatan Ilmu Pendidikan telah berkumpul di King Hotel, Melaka selama 3 hari 2 malam untuk mengikuti Kursus Peningkatan Profesional Pensyarah. Dua kursus telah dikuti iaitu Kursus Pemantapan Aplikasi Moodle dan Kursus Pemantapan Pedagogi Pemulihan Khas.
Di samping itu, dua lawatan telah dilakukan. Lawatan pertama iaitu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung, Tanjong Kling Melaka. SMK ini adalah Sekolah Menengah Pendidikan Khas yang terbaik di Melaka, yang telah dicadangkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka sebagai penanda aras. Sekolah ini mementingkan pendidikan ke arah laluan kerjaya untuk murid-murid pendidikan khas dan telah menempa nama kerana dua projek utamanya iaitu Projek Jus Mangga Delight dan Projek Telur Asin.
|
Lawatan ke SMK Seri Tanjung, Melaka |
|
Sedang tekun mengikuti kursus |
|
Pasukan Yang Mantap: Jabatan Ilmu Pendidikan |
|
Meronda bandar Melaka dan Jamuan Makan |
Lawatan seterusnya adalah ke Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Jabatan ini telah memperolehi peruntukan sebanyak RM1.1 juta bagi penyediaan semua alat bantu mengajar khusus untuk pendidikan khas. Ketua Jabatan Pendidikan Khas Puan Dr Yasmin bersama dengan pensyarahnya telah melapangkan masa memberi penerangan tentang segala kemudahan yang ada di kampus mereka.
|
segala kemudahan alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk Pendidikan Khas |
|
sedang mendengar taklimat dari Dr Yasmin dan pensyarah-pensyarahnya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan