5/10/10

Lawatan Profesional dan KPKI SK Pinji, Ipoh




Pada 1hb Oktober 2010, Jabatan Ilmu Pendidikan telah menerima lawatan balas dari SK Pinji, Ipoh. Rombongan seramai 36 orang guru dan ahli keluarga dari pada SK Pinji diketuai oleh Guru Besarnya sendiri Pn Faridah Hj Abdul Karim. Kami, warga Jabatan Ilmu Pendidikan sangat berbesar hati menerima kunjungan mereka. Ketibaan ahli rombongan di KL Sentral pada jam 9 malam telah disambut oleh En Thirugnana. selepas makan malam, rombongan telah dibawa berbelanja di Uptown Cheras dan tiba di asrama jam 1 pagi.

sedang menikmati sarapan dan makan tengahari

Selepas bersarapan, Kursus Pendek kelolaan Institut (KPKI) dimulakan pada jam 9 pagi di Dewan Hamzah Fansuri. Pn Timbalan Pengarah telah sudi meluangkan masanya untuk memberi ucapan alu-aluan mewakili Pn pengarah meraikan rombongan Lawatan Profesional SK Pinji. Dua kertaskerja telah dibentangkan oleh En Thirugnana dan Pn Shariza Said. En Thirugnana membentangkan tentang tajuk Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUP), manakala Pn Shariza membentangkan tajuk Pendidikan Seksualiti Untuk Remaja Bermasalah Pembelajaran.
sesi penyampaian cenderamata

'orang kuat' SK Pinji dan IPG KBM
sesi pembentangan kertas kerja

mencuba refleksologi di Taman Teraputik


meninjau Bilik Resos

Selepas KPKI, ahli rombongan di bawa melawat Taman Teraputik , Bilik Resos Pemulihan serta Bilik Resos Pendidikan Khas. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari di kantin IPG KBM.
Bunga padi rapat berbatas,
Ikan berenang menyembah tari,
Ada budi tak dapat kami balas,
kukuh tersimpan dan dikenang di sanubari!

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "