3/11/12

LPS JIP : Bengkel Pedagogi PPG

Di Hotel Chorus, Port Dickson telah berlangsungnya Bengkel Pedagogi PPG anjuran LPS JIP untuk meningkatkan profesionalisme pensyarah. Bengkel tersebut bermula pada 31 Oktober dan berakhir pada 02 November 2012. Beberapa slot telah dilaksanakan seperti Pengkongsian Pembinaan Modul oleh Dr Shahlan Surat, Pembinaan soalan Kerja Kursus dan HOTs oleh Puan Jamilah Ismail, Bengkel Learning Object untuk pembinaan Modul PPG oleh Puan Anisah Hashim  ( Modul Exe, Format Factory dan ILivid )  , Puan Sabariah ( Modul Ispring) dan Cik Siti Salamah ( Modul ToonDoo ).
Ketua Jabatan sedang membuat pembentangan


Dr Shahlan Surat sedang membentangkan Pengkongsian Pembinaan Modul hasil penulisan PhDnya



Pada sebelah petang pula, aktiviti rekreasi dan sukaneka   telah diadakan untuk meningkatkan kemesraan antara semua ahli jabatan.






Pada malam terakhir diadakan majlis barbeque dan sambutan harijadi untuk meraikan ahli Jabatan yang menyambut hari lahir dari bulan Jun hingga Disember 2012.




15/10/12

Pertandingan Inovasi Pedagogi dan rekacipta Peringkat IPG KBM


Pada 11 - 12 Oktober 2012 , Pertandingan Inovasi Pedagogi dan Rekacipta peringkat IPG KBM telah diadakan dengan jayanya di Dewan Zaaba, IPG KBM. Pertandingan ini diharapkan menjadi medan bagi pelajar untuk beradu daya fikir, kreativiti dan sebagai batu asah kepada usaha mereka untuk mencipta produk yang lebih inovatif, fleksibel dan kreatif yang dapat dimanafaatkan dalam profesion keguruan.

Jabatan Ilmu Pendidikan tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini. Cik Siti Salamah berserta pelajarnya dari Program Pensiswazahan Guru iaitu Hamarah bin Mohammad Arif ( Kad Abjad ) dan Nurul Asyeken Hassan ( Set 3D Variety Games ) telah terpilih bertanding Pertandingan Inovasi Pedagogi untuk kategori Pensyarah dan Pelajar, manakala Dr Shahlan Surat ( Keberkesanan strategi 4-META dalam penulisan Bahasa Melayu : satu pendekatan psikologi ) menyertai kategori Pensyarah. Tiada penyertaan dari JIP untuk kategori Rekacipta.

Tahniah dan Syabas untuk Cik Siti Salamah bersama Cikgu Nurul Asyeken yang menjuarai tempat pertama untuk kategori Pensyarah dan Pelajar, manakala Dr Shahlan Surat menduduki tempat kedua untuk kategori Pensyarah. Semoga kemenangan ini akan menjadi perangsang kepada rakan pensyarah yang lain untuk menyertai pertandingan ini dimasa akan datang.

2/10/12

Moderasi Kerja Kursus Peringkat JIP : 28 September 2012



Pada tarikh 28 September 2012, Moderasi Kerja Kursus peringkat JIP telah dijalankan secara berpusat. Moderasi ini dibuat bertujuan memastikan segala penilaian dan pentaksiran yang dibuat oleh pensyarah adalah menepati kriteria pentaksiran yang dikehendaki oleh pihak IPGM.








sembang2 sambil minum setelah bermoderasi

Dah penat bermoderasi, makanlah pula....

1/10/12

Seminar Penyelidikan Tindakan Major Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan


Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2012 untuk major Pendidikan Khas (8G) dan major Pendidikan Pemulihan (8F) telah diadakan pada 26 September 2012 dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Hamzah Fansuri, IPG KBM. 

Seminar ini dijalankan untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar berkongsi dapatan kajian dan membina ketrampilan diri dalam menjalankan aktiviti penyelidikan serta penulisan ilmiah.



Barisan panel penilai




Diharapkan dengan aktiviti yang sebegini akan menjadi pemacu kepada semua warga IPG KBM untuk menyemarakkan budaya penyelidikan yang amat penting untuk meningkatkan kualiti latihan perguruan dan pendidikan.

27/09/12

Khidmat bakti di Pusat Dalam Komuniti

Pada 27 September 2012, pelajar opsyen Pendidikan Pemulihan telah menjalankan khidmat bakti di Pusat Dalam Komuniti Taman Kanagapuram KL. Pendedahan ini bertujuan untuk membiasakan diri pelajar dengan realiti senebar murid-murid pendidikan khas.


11/09/12

Pra Seminar Penyelididkan Tindakan Peringkat JIP

Untuk mempastikan pelajar bersedia dengan Seminar Penyelidikan sebenar, satu Pre Seminar telah diadakan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan pada 7 September 2012. Pre Seminar diadakan bertujuan untuk mengasah ketajaman berfikir, kemahiran komunikasi, ketajaman ilmu dan cara mempertahankan dapatan kajian mereka.





Kejayaan merancang aktiviti Pre Seminar memberikan pelajar panduan dan pengalaman sebenar bagaimana menghadapi Seminar Penyelidikan Tindakan yang sebenarnya.

29/08/12

Sambutan Hari Raya Peringkat JIP 2012

Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2012,  seperti biasa JIP telah mengadakan Majlis Hari Raya peringkat jabatan pada 28 Ogos 2012 ( selasa ) untuk meraikan warga IPG KBM. Majlis secara sederhana tetapi meriah ini telah mendapat kunjungan yang menggalakkan dari warga IPG KBM.



Anak-anak dari Pra Sekolah IPG KBM sedang menjamu selera





Ahli JIP yang sentiasa ceria meraikan tetamu yang datang



10/08/12

Perbincangan Penyelidikan Tindakan Fasa 2

Seperti kebiasaan, selepas pelajar kembali dari program Internship satu perjumpaan telah diatur oleh Penyelaras Penyelidikan Tindakan Dr Hj Mohd Isa Azis untuk membincangkan perkembangan penulisan penyelidikan tindakan dalam kalangan pelajar major Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Khas pada 09 Ogos 2012 di Dewan Hamzah Fansuri,IPG KBM.

Perjumpaan ini bertujuan menghimpunkan pelajar PISMP 8F dan PISMP 8G, untuk memastikan semua pelajar telah mengikut pelan tindakan penulisan laporan. Semasa perjumpaan , Dr Mohd Isa mengingatkan pelajar agar sentiasa mengikuti pelan tindakan penulisan dan memastikan format laporan adalah yang terkini. kemudiannya pelajar berjumpa penyelia masing-masing untuk membincangkan masalah dan perkembangan laporan penulisan.





Beberapa orang pensyarah termasuk Encik Zulkifly Husin dan Cik Siti Salamah sedang berbincang bersama pelajar seliaannya.

Kelihatan Encik Zulkarnain Hassan dan Encik Lee Thoi Hai bersama pelajar seliannya



Penyelaras Penyelidikan Tindakan JIP Dr Mohd Isa Azis berbincang dengan pelajar.

6/08/12

Penilaian Perakuan Akreditasi MQA PISMP Pendidikan Pemulihan


Pada tarikh 02 Ogos 2012 dua orang penilai dari MQA  iaitu  YBhg.Prof Madya Dr Loh Sau Cheong (Universiti Malaya) dan Puan Rosmaliza Mohaidin (MQA) telah datang ke kampus IPG KBM untuk tujuan Penilaian Perakuan Akreditasi PISMP Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2009. 

Tiga orang pegawai dari IPGM juga turut hadir mengiringi pegawai berkenaan iaitu YBhg Dr Noriati A.Rashid ( Pengarah Pusat Pembangunan Akademik,IPGM), Encik Romy Abd.Kadir dan Encik Arshad Bin A.Razak ( masing-masing dari Jabatan Pengurusan Kualiti dan Keutuhan IPGM ).


Mesyuarat pembukaan






Sebahagian pelajar 8F yang terlibat 
   
 semua hasil kerja kursus setiap subjek dipamirkan

 sebahagian fail kursus dan Bahan Bantu Mengajar

Antara Bahan Bantu Mengajar yang dihasilkan oleh pelajar

Pasukan Penilaian Perakuan Akreditasi MQA ini telah melakukan exit meeting pada jam 4 petang dengan keputusan yang membanggakan semua warga IPG KBM amnya dan warga JIP khasnya. Sesungguhnya segala keperitan dan penat lelah pensyarah dan pelajar PISMP 8F akhirnya berbaloi, apabila menerima keputusan yang membanggakan dari panel penilai.

Yg Bhg Datin Pengarah dan semua tersenyum kegembiraan mendengar keputusan Penilaian Akreditasi MQA tentang pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan di IPG KBM

13/07/12

LPS Bengkel Pedagogi Terkini-E-Learning : Bersama Prof Madya Dr Rosseni Din dari UKM

Pada tarikh 09 Julai 2012, satu LPS: Bengkel Pedagogi Terkini telah diadakan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan di Makmal Komputer B, IPG KBM. Penceramah telah dijemput khas dari UKM iaitu YBhg Prof Madya Dr Rosseni Din yang mempunyai kepakaran dalam bidang e-learning.

Sepanjang berbengkel peserta telah didedahkan dengan kemahiran membina wordpress dan menggunakan facebook sebagai salah satu medium untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar di era milineum.


Pn Hjh Jamilah Ismail, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan menyampaikan cenderahati kepada penceramah YBhg Prof Madya Dr Rosseni Din dari UKM

Penceramah, YBhg Prof.Madya Dr Rosseni Din dari pada UKM




Semua peserta bengkel sedang khusyuk mendengar dan membuat latihan secara hand's-on 


MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "