2/06/11

Kursus Peningkatan Profesional Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan di Melaka

Pada 23hb.Mei hingga 25hb.Mei,2011, semua ahli Jabatan Ilmu Pendidikan telah berkumpul di King Hotel, Melaka selama 3 hari 2 malam untuk mengikuti Kursus Peningkatan Profesional Pensyarah. Dua kursus telah dikuti iaitu Kursus Pemantapan Aplikasi Moodle dan Kursus Pemantapan Pedagogi Pemulihan Khas. 

Di samping itu, dua lawatan telah dilakukan. Lawatan pertama iaitu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung, Tanjong Kling Melaka. SMK ini adalah Sekolah Menengah Pendidikan Khas yang terbaik di Melaka, yang telah dicadangkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka sebagai penanda aras. Sekolah ini mementingkan pendidikan ke arah laluan kerjaya untuk murid-murid pendidikan khas dan telah menempa nama kerana dua projek utamanya iaitu Projek Jus Mangga Delight dan Projek Telur Asin.


Lawatan ke SMK Seri Tanjung, Melaka

Sedang tekun mengikuti kursus

Pasukan Yang Mantap: Jabatan Ilmu Pendidikan

Meronda bandar Melaka dan Jamuan Makan
Lawatan seterusnya adalah ke Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Jabatan ini telah memperolehi peruntukan sebanyak RM1.1 juta bagi penyediaan semua alat bantu mengajar khusus untuk pendidikan khas. Ketua Jabatan Pendidikan Khas Puan Dr Yasmin bersama dengan pensyarahnya telah melapangkan masa memberi penerangan tentang segala kemudahan yang ada di kampus mereka.
segala kemudahan alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk Pendidikan Khas

sedang mendengar taklimat dari Dr Yasmin dan pensyarah-pensyarahnya

Kursus Pemantapan Aplikasi Moodle..19hb-20hb Mei 2011

Pada 19hb Mei dan 20hb.Mei 2011, semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan telah menjalani Kursus Penggunaan Aplikasi Moodle untuk memantapkan lagi penyampaian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran . Penggunaan aplikasi moodle juga membolehkan interaksi yang lebih tersusun dan fokus antara pensyarah dan pelajar. Kursus ini adalah anjuran Jabatan Teknologi Pendidikan IPG KBM dan antara fasilitator yang terlibat ialah Pn Safinah Mohamed, Cik Asiah Hashim, En Mohamed Yusof, En Shaari dan Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan En Abdul Kahar. Jutaan Terima kasih buat semua fasilitator......

Majlis membaca Yasin dan Jamuan Makan...16hb.Mei,2011





Pada 16hb, Mei.2011  telah diadakan majlis membaca yasin dan jamuan makan di Jabatan Ilmu Pendidikan. Majlis membaca Yasin adalah bersempena Kehilangan yang amat dikasihi Arwah Puan Timbalan Pengarah, Pemergian Encik Amynuddin (Pembantu Am Pejabat JIP) mengerjakan umrah dan sambutan Hari Guru. Amatlah diharapkan aktiviti seperti ini akan merapatkan lagi kerjasama dan kejelekitan sebagai satu pasukan dalam kalangan pensyarah-pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan.

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "