8/12/11

Lawatan Ke Penerbit Majalah Ana Muslim oleh 4E



Seramai 21 orang pelajar PISMP semester 4E bersama pensyarah pengiring Cik Siti Salamah Mohd Yusof telah melakukan lawatan sambil belajar ke penerbitan majalah Ana Muslim untuk melihat dengan lebih jelas proses penerbitan majalah berkenaan.

2/06/11

Kursus Peningkatan Profesional Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan di Melaka

Pada 23hb.Mei hingga 25hb.Mei,2011, semua ahli Jabatan Ilmu Pendidikan telah berkumpul di King Hotel, Melaka selama 3 hari 2 malam untuk mengikuti Kursus Peningkatan Profesional Pensyarah. Dua kursus telah dikuti iaitu Kursus Pemantapan Aplikasi Moodle dan Kursus Pemantapan Pedagogi Pemulihan Khas. 

Di samping itu, dua lawatan telah dilakukan. Lawatan pertama iaitu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung, Tanjong Kling Melaka. SMK ini adalah Sekolah Menengah Pendidikan Khas yang terbaik di Melaka, yang telah dicadangkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka sebagai penanda aras. Sekolah ini mementingkan pendidikan ke arah laluan kerjaya untuk murid-murid pendidikan khas dan telah menempa nama kerana dua projek utamanya iaitu Projek Jus Mangga Delight dan Projek Telur Asin.


Lawatan ke SMK Seri Tanjung, Melaka

Sedang tekun mengikuti kursus

Pasukan Yang Mantap: Jabatan Ilmu Pendidikan

Meronda bandar Melaka dan Jamuan Makan
Lawatan seterusnya adalah ke Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Jabatan ini telah memperolehi peruntukan sebanyak RM1.1 juta bagi penyediaan semua alat bantu mengajar khusus untuk pendidikan khas. Ketua Jabatan Pendidikan Khas Puan Dr Yasmin bersama dengan pensyarahnya telah melapangkan masa memberi penerangan tentang segala kemudahan yang ada di kampus mereka.
segala kemudahan alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk Pendidikan Khas

sedang mendengar taklimat dari Dr Yasmin dan pensyarah-pensyarahnya

Kursus Pemantapan Aplikasi Moodle..19hb-20hb Mei 2011

Pada 19hb Mei dan 20hb.Mei 2011, semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan telah menjalani Kursus Penggunaan Aplikasi Moodle untuk memantapkan lagi penyampaian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran . Penggunaan aplikasi moodle juga membolehkan interaksi yang lebih tersusun dan fokus antara pensyarah dan pelajar. Kursus ini adalah anjuran Jabatan Teknologi Pendidikan IPG KBM dan antara fasilitator yang terlibat ialah Pn Safinah Mohamed, Cik Asiah Hashim, En Mohamed Yusof, En Shaari dan Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan En Abdul Kahar. Jutaan Terima kasih buat semua fasilitator......

Majlis membaca Yasin dan Jamuan Makan...16hb.Mei,2011





Pada 16hb, Mei.2011  telah diadakan majlis membaca yasin dan jamuan makan di Jabatan Ilmu Pendidikan. Majlis membaca Yasin adalah bersempena Kehilangan yang amat dikasihi Arwah Puan Timbalan Pengarah, Pemergian Encik Amynuddin (Pembantu Am Pejabat JIP) mengerjakan umrah dan sambutan Hari Guru. Amatlah diharapkan aktiviti seperti ini akan merapatkan lagi kerjasama dan kejelekitan sebagai satu pasukan dalam kalangan pensyarah-pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan.

26/05/11

Minggu Jabatan Ilmu Pendidikan

Pada 18hb.April hingga 23hb.April, 2011 Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan Minggu Jabtan Ilmu Pendidikan dengan tema JIP: Ke arah Pemantapan Pedagogi terkini. Pelbagai aktiviti merangkumi Klinik Penulisan Kajian Tindakan, Ceramah Penulisan Kajian Tindakan, Kiosk Inventori Personaliti dan Psikologi, Pameran Bahan-bahan Bantu Mengajar, Pameran Model-model susun atur Bilik Darjah dan sukaneka antara pensyarah dengan pelajar-pelajar telah dijalankan sepanjang minggu berkenaan.

Ceramah Dr Hjh Bitty Salwana dari EPRD

Aktiviti Pameran

Majlis Perasmian oleh Pengarah IPG KBM
Yg Berbhg Datin Dr Hjh Fowzia Osman

15/05/11

SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua pensyarah JIP dan warga pendididik seluruh negara.
Sama-samalah kita meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dengan penuh keikhlasan dan komitmen yang tinggi.
Semoga kita semua dipermudahkan dalam semua keadaan semasa melaksanakan usaha murni ini.

SELAMAT HARI GURU 2011

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

JAMILAH BINTI ISMAIL
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
16 Mei 2011

18/04/11

Lawatan Profesional Pelajar PISMP 1F (Major Pendidikan Pemulihan) ke SK Presint 9(1), Putrajaya

Pada 09hb.Mac,2011 seramai 22 orang pelajar PISMP Semester 1 F major Pendidikan Pemulihan telah membuat lawatan profesionalisme ke Sekolah Putrajaya Presint 9(1) diiringi dua orang pensyarah iaitu Puan Shariza Said dan Puan Mageswari.



Sekolah ini adalah sebuah sekolah kluster yang sering berinteraksi melalui kemudahan internet ke luar Negara seperti ke Thailand, Vietnam dan sebagainya bagi mengetahui sistem P&P di luar negara. Selain itu, sekolah ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mungkin tidak dimiliki oleh sekolah biasa. Antaranya ialah tiga buah makmal computer dengan 1146 buah komputer dan 522 unit komputer riba. Tambahan pula, terdapat juga studio muzik yang dilengkapi dengan peralatan untuk rakaman muzik.

Beberapa aktiviti permainan kecil telah dijalankan dengan jaya dan penuh semangat muhibbah bersama-sama murid-murid kelas pemulihan. Adalah diharapkan dengan pendedahan ini, pelajar-pelajar bakal guru akan lebih bersedia untuk menghadapi murid-murid kelas pemulihan secara realitinya.

17/04/11

Klinik Penyelidikan Tindakan.


Pada semester ini, dua kumpulan pelajar PISMP 7D dan 7E opsyen Pendidikan Khas terlibat dengan Penulisan Penyelidikan Tindakan Peringkat 1. Oleh kerana Major Pendidikan Khas adalah pengkhususan di bawah Jabatan Ilmu pendidikan, jadi secara automatik semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan terlibat secara khusus sebagai pensyarah penyelia penulisan pelajar. Beberapa siri Klinik Penyelidikan Tindakan telah diadakan untuk memantapkan lagi penulisan, pemahaman dan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pelajar. Antaranya ialah satu perjumpaan khas yang telah di atur di Dewan Hamzah Fansuri pada 6hb. April,2011.


16/04/11

Aktiviti Terapi Pasir


Pada 11.02.2011, seramai 24 orang pelajar PISMP 5G opsyen Pendidikan Khas bersama-sama pensyarah bidang Pendidikan Khas Cik Siti Salamah Mohd Yusof telah menjalani aktiviti Terapi Pasir di Port Dickson. Antara aktiviti ialah permainan kecil dan membina istana pasir. Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan langsung kepada semua bakal guru bagaimana mengendalikan aktiviti Terapi Pasir untuk murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sekolah nanti. Aktiviti juga adalah untuk memenuhi keperluan proforma yang mengkehendaki semua guru2 pelatih melaksanakan aktiviti secara 'hands-on experience' dan 'engage' dengan keadaan sebenar aktiviti terapi pasir.




Bengkel Bicara Disleksia

Pada 3hb. Mac 2011, kelas PISMP 3E (major Pendidikan Pemulihan) telah menganjurkan satu Bengkel Bicara Disleksia dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan. Bengkel Bicara Disleksia ini telah diberi oleh Puan Sariah Amirin, Presiden Disleksia Malaysia dari 8 pagi hingga 4.00 petang.



Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar atau bakal guru tentang maklumat Disleksia dan cara menghasilkan bahan bantu mengajar yang menepati keperluan murid Disleksia. Di samping itu, objektif bengkel ini juga ingin memberikan pengalaman dan pendedahan baru kepada para pelajar mengenai bahasa kanak-kanak disleksia. Para peserta juga dapat mendalami dengan lebih dekat strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, kreatif, inovatif dan produktif. Selain itu, para peserta juga turut didedah dengan ilmu baharu mengenai kaedah penilaian bahasa yang berkesan.



Bengkel Pengubalan Bank Item


Pada tarikh 24 Febuari hingga 26hb. Febuari, 2011, semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan bersama-sama dengan Pensyarah Jabatan Kajian Sosial, Jabatan Pengembangan Awal Kanak-kanak dan Jabatan Bahasa Inggeris, telah berkumpul selama 3 Hari 2 Malam di Hotel Puteri Garden, Klang, Selangor Darul Ehsan untuk Bengkel penggubalan Bank Item.

Dua orang penceramah yang diundang khas ialah Tuan Haji Abdul Ghani Bin Taib dan Encik Abi Sarwan , telah berkongsi segala ilmu dan teknik terkini untuk memantapkan lagi teknik penggubalan item-item ujian dan menepati templat penggubalan yang terkini . Semua maklumat ini sangat membantu ke arah pengubalan soalan-soalan peperiksaan yang lebih berkualiti dan penyediaan Bank Item yang mantap.

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "