2/05/14

PAMERAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Pada 12 Mac 2014, PISMP 2C telah menganjurkan Pameran Bahan Bantu Mengajar di Dewan Zaba, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Pameran ini bertemakan “ Murid dan Alam Belajar Pendidikan Khas .” Pameran ini juga diharapkan agar lebih membantu merangsang dunia pelajar untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbanagan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.





1/05/14

2014

TAHUN 2014
PROFESIONAL DAN BERINTEGRITI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS



Kepimpinan dan struktur organisasi baru JIP bagi sesi baharu tahun 2014 mampu memacu kecemerlangan Jabatan Ilmu Pendidikan  dengan lebih dinamik dan efektif.



TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS
Dr Shahlan bin Surat sebagai Pensyarah DS51 
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 1 April 2014


TAHNIAH DAN JUTAAN TERIMA KASIH
khas buat semua pensyarah JIP 
yang telah memberikan komitmen padu 
dan mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang tahun lalu.


Komitmen dan prestasi cemerlang anda 
adalah contoh dan sumber inspirasi terbaik 
buat anak-anak didik bakal guru di IPGKBM.

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "