Pada 12 Mac 2014, PISMP 2C
telah menganjurkan Pameran Bahan Bantu Mengajar di Dewan Zaba, Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Pameran ini bertemakan “ Murid dan Alam
Belajar Pendidikan Khas .” Pameran ini juga diharapkan agar lebih membantu
merangsang dunia pelajar untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga
memberi sumbanagan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat
menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut
peredaran zaman.
Pameran
ini telah dirasmikan oleh Puan Sariah Amirin selaku Presiden Persatuan Dislexia
Malaysia. Kira-kira dalam jam 1025 pagi Puan Sariah Amirin dan rombongan telah
tiba di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Rombongan mereke terdiri
daripada 6 orang guru pengiring dan 25 orang kanak-kanak dyslexia.