18/04/11

Lawatan Profesional Pelajar PISMP 1F (Major Pendidikan Pemulihan) ke SK Presint 9(1), Putrajaya

Pada 09hb.Mac,2011 seramai 22 orang pelajar PISMP Semester 1 F major Pendidikan Pemulihan telah membuat lawatan profesionalisme ke Sekolah Putrajaya Presint 9(1) diiringi dua orang pensyarah iaitu Puan Shariza Said dan Puan Mageswari.



Sekolah ini adalah sebuah sekolah kluster yang sering berinteraksi melalui kemudahan internet ke luar Negara seperti ke Thailand, Vietnam dan sebagainya bagi mengetahui sistem P&P di luar negara. Selain itu, sekolah ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mungkin tidak dimiliki oleh sekolah biasa. Antaranya ialah tiga buah makmal computer dengan 1146 buah komputer dan 522 unit komputer riba. Tambahan pula, terdapat juga studio muzik yang dilengkapi dengan peralatan untuk rakaman muzik.

Beberapa aktiviti permainan kecil telah dijalankan dengan jaya dan penuh semangat muhibbah bersama-sama murid-murid kelas pemulihan. Adalah diharapkan dengan pendedahan ini, pelajar-pelajar bakal guru akan lebih bersedia untuk menghadapi murid-murid kelas pemulihan secara realitinya.

17/04/11

Klinik Penyelidikan Tindakan.


Pada semester ini, dua kumpulan pelajar PISMP 7D dan 7E opsyen Pendidikan Khas terlibat dengan Penulisan Penyelidikan Tindakan Peringkat 1. Oleh kerana Major Pendidikan Khas adalah pengkhususan di bawah Jabatan Ilmu pendidikan, jadi secara automatik semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan terlibat secara khusus sebagai pensyarah penyelia penulisan pelajar. Beberapa siri Klinik Penyelidikan Tindakan telah diadakan untuk memantapkan lagi penulisan, pemahaman dan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pelajar. Antaranya ialah satu perjumpaan khas yang telah di atur di Dewan Hamzah Fansuri pada 6hb. April,2011.


16/04/11

Aktiviti Terapi Pasir


Pada 11.02.2011, seramai 24 orang pelajar PISMP 5G opsyen Pendidikan Khas bersama-sama pensyarah bidang Pendidikan Khas Cik Siti Salamah Mohd Yusof telah menjalani aktiviti Terapi Pasir di Port Dickson. Antara aktiviti ialah permainan kecil dan membina istana pasir. Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan langsung kepada semua bakal guru bagaimana mengendalikan aktiviti Terapi Pasir untuk murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sekolah nanti. Aktiviti juga adalah untuk memenuhi keperluan proforma yang mengkehendaki semua guru2 pelatih melaksanakan aktiviti secara 'hands-on experience' dan 'engage' dengan keadaan sebenar aktiviti terapi pasir.




Bengkel Bicara Disleksia

Pada 3hb. Mac 2011, kelas PISMP 3E (major Pendidikan Pemulihan) telah menganjurkan satu Bengkel Bicara Disleksia dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan. Bengkel Bicara Disleksia ini telah diberi oleh Puan Sariah Amirin, Presiden Disleksia Malaysia dari 8 pagi hingga 4.00 petang.



Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar atau bakal guru tentang maklumat Disleksia dan cara menghasilkan bahan bantu mengajar yang menepati keperluan murid Disleksia. Di samping itu, objektif bengkel ini juga ingin memberikan pengalaman dan pendedahan baru kepada para pelajar mengenai bahasa kanak-kanak disleksia. Para peserta juga dapat mendalami dengan lebih dekat strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, kreatif, inovatif dan produktif. Selain itu, para peserta juga turut didedah dengan ilmu baharu mengenai kaedah penilaian bahasa yang berkesan.



Bengkel Pengubalan Bank Item


Pada tarikh 24 Febuari hingga 26hb. Febuari, 2011, semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan bersama-sama dengan Pensyarah Jabatan Kajian Sosial, Jabatan Pengembangan Awal Kanak-kanak dan Jabatan Bahasa Inggeris, telah berkumpul selama 3 Hari 2 Malam di Hotel Puteri Garden, Klang, Selangor Darul Ehsan untuk Bengkel penggubalan Bank Item.

Dua orang penceramah yang diundang khas ialah Tuan Haji Abdul Ghani Bin Taib dan Encik Abi Sarwan , telah berkongsi segala ilmu dan teknik terkini untuk memantapkan lagi teknik penggubalan item-item ujian dan menepati templat penggubalan yang terkini . Semua maklumat ini sangat membantu ke arah pengubalan soalan-soalan peperiksaan yang lebih berkualiti dan penyediaan Bank Item yang mantap.

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "