5/04/12

Terapi Bowling di Pusat Beli Belah Mid Valley.

Pada 27 Feb 2012, kumpulan 5H major Pendidikan Khas Sekolah Rendah telah melaksanakan satu lagi latihan Terapi iaitu Terapi Bowling. Terapi ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang cara menguruskan masalah motor halus dan motor kasar yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas.


Terapi fizikal adalah satu latihan rawatan yang digunakan untuk mengubat dan mencegah untuk menyembuh penyakit fizikal tertentu, melalui latihan dan peregangan dan pada masa yang sama mencegah kemungkinan satu keadaan menjadi semakin teruk.Terapi bowling adalah satu fizikal terapi yang penting kepada murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar. Selain itu, terapi bowling membantu murid berkeperluan khas membina keyakinan diri, belajar untuk bersaing dan bekerjasama antara satu sama lain. Terapi bowling amat berkesan kepada murid berkeperluan khas dan biasanya dilakukan di sekolah.








Terapi bowling adalah salah satu terapi alternatif yang boleh diaplikasikan oleh guru di sekolah. Jadi adalah diharapkan dengan latihan ini dapat meningkatkan kemahiran bakal-bakal guru ini dalam bermain bowling secara praktikal. Latihan terapi ini telah dibantu oleh koordinator Cik Siti Zaleha Supiran.



MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "