18/03/12

Terapi Haiwan

Pada 7.Mac,2012, pelajar-pelajar 5H Major Pendidikan Khas SR bersama-sama pensyarah pengiring Cik Siti Salamah Mohd Yusoff telah ke Zoo Negara untuk menjalani Terapi Haiwan. Aktiviti ini adalah sebagai memenuhi kehendak proforma kursus Pendidikan Khas Sekolah Rendah.



Lawatan Penandaaras MQA Kursus Pendidikan Pemulihan dari IPG Kampus Ampuan Afzan, Pahang.

Pada 6 mac 2012, 16 orang pensyarah dan 19 orang pelajar dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur telah berkunjung ke Jabatan Ilmu Pendidikan dan Bilik MQA. Kesemua pelajar ini adalah dari Kursus Pendidikan Pemulihan yang akan menjalani audit MQA pada tahun ini. Lawatan penandaaras ini adalah sebagai pengkongsian ilmu kerana IPG KBM telah berpengalaman menjalani audit MQA.

Pelajar mendangar taklimat dari dua orang kuat MQA
iaitu En Lee Thoo Hai dan En Raymond Paul
Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah Bt.Madarsa telah meluangkan
masa meraikan tetamu yang datang.

Pelajar dan Pensyarah sedang mendangar taklimat MQA dari
En Lee Thoo Hai selaku penyelaras MQA IPG Kampus Bahasa Melayu.




Ceramah Penyelidikan Tindakan

Pada tarikh 27 Februari 2012, bertempat di Dewan Zaaba, IPG Kampus Bahasa Melayu telah diadakan Ceramah Penyelidikan Tindakan untuk PISMP Semester 5 dan DPLI anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan. Penceramah khas dijemput dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, KPM iaitu Puan Dr Ura Pin a/p Cham. Ceramah ini adalah sebagai pendedahan awal kepada pelajar-pelajar untuk menyempurnakan penulisan penyelidikan tindakan mereka semasa semester 7 nanti.



Puan Dr Ura Pin a/p Cham



pelajar tekun mendengar ceramah


Terapi Pasir


Pada tarikh 13 hingga 14 Februari 2012, Pelajar-pelajar 5H telah keluar ke lapangan di Teluk Kemang ,Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menjalani aktiviti Terapi Pasir. Aktiviti ini adalah sebagai memenuhi kehendak proforma amali Kursus Pendidikan Khas Sekolah Rendah.

Pensyarah pembimbing tekun memberi penerangan tentang tugasan
.
Pelajar-peljar 5H sedang memberi penerangan tentang ciptaan mereka
.
Antara penghasilan pelajar semasa aktiviti terapi pasir.

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "