Pada tarikh 09 Julai 2012, satu LPS: Bengkel Pedagogi Terkini telah diadakan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan di Makmal Komputer B, IPG KBM. Penceramah telah dijemput khas dari UKM iaitu YBhg Prof Madya Dr Rosseni Din yang mempunyai kepakaran dalam bidang e-learning.
Sepanjang berbengkel peserta telah didedahkan dengan kemahiran membina wordpress dan menggunakan facebook sebagai salah satu medium untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar di era milineum.
 |
Pn Hjh Jamilah Ismail, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan menyampaikan cenderahati kepada penceramah YBhg Prof Madya Dr Rosseni Din dari UKM |
 |
Penceramah, YBhg Prof.Madya Dr Rosseni Din dari pada UKM |
 |
Semua peserta bengkel sedang khusyuk mendengar dan membuat latihan secara hand's-on |