23/04/12

Terapi Herba di MARDI oleh PISMP 5 H



Salah satu terapi yang perlu dikuasai oleh guru Pendidikan Khas ialah Terapi Herba. Terapi herba ini akan mendedahkan guru pelatih kepada fungsi herba yang merupakan satu keperluan untuk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas ini. Selain itu, ia juga dapat memberikan pengalaman dan pendedahan baru kepada guru pelatih mengenai jenis-jenis tumbuhan herba dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Diharapkan terapi herba ini akan membantu guru dalam mengendalikan murid-murid bermasalah pembelajaran di sekolah kelak.


Untuk tujuan berkenaan , satu lawatan telah diatur ke Pusat Latihan MARDI, Persiaran MARDI-UPM, Serdang. Amali terapi ini disertai seramai 18 orang guru pelatih daripada kumpulan PISMP 5H dan seorang pensyarah pembimbing, Cik Siti Salamah bt Mohd Yusof.





Pihak MARDI telah menyediakan satu slot tayangan multimedia dan ceramah tentang aktiviti R&D  herba di MARDI. Ceramah ini telah disampaikan oleh En Wan Zaki iaitu Pegawai Agronomi & Sistem.

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "