18/07/10

Bengkel Puppet


Satu Bengkel Membina Puppet telah diadakan untuk pelajar-pelajar PISMP major Pendidikan Khas dan Pemulihan Semester 2 dan 4. Bengkel ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar PISMP major Pendidikan semester 6 pada 10 Julai 2010. Pembinaan Puppet adalah salah satu bahan bantu mengajar yang sangat bersesuaian dengan murid-murid khas. Jadi bengkel ini memberi pendedahan awal kepada semua pelajar secara hands on untuk membina puppet dengan kreativiti tersendiri untuk memastikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran bersama murid-murid khas sentiasa bermakna dan seronok. 

semoga puppet ni menyeronokkan murid-murid kami nanti!


seronok dengan kreativiti mereka

tekun menghasilkan puppet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "