15/07/10

Bicara Ketua Jabatan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Syukur kerana E-Buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur dapat direalisasikan. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan E-Buletin J.I.P atas usaha dan k0mitmen yang telah diberikan. Saya amat berharap agar semua terus menyumbang idea dan berkongsi maklumat melalui E-Buletin ini untuk manfaat kita bersama. Semoga E-Buletin ini menjadi saluran, wadah dan pemangkin utama perkongsian ilmu kepada semua pelajar, pensyarah, ahli pendidik dan semua pelawat E-Buletin ini. Teruskan menulis dan menyumbang ilmu agar kita menjadi pohon subur rendang umpama payung memberi redup dan teduh boleh dinaungi oleh semua orang dibawahnya.

"ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH"

SELAMAT MAJU JAYA.
JIP TERUS CEMERLANG

Pn Jamilah Ismail
Ketua Jabatan JIP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "