15/07/10

Sidang Pengarang : Pembuka Bicara

Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia...

Selamat bertemu buat pertama kalinya di E-Buletin Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP), IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur.

Buletin ini bertujuan menyajikan maklumat berkaitan kegiatan JIP sepanjang tahun, penyebaran Bahan Pembelajaran dan Pengajaran secara meluas untuk dimanafaatkan oleh pelajar-pelajar, dan menjadi wadah untuk semua pensyarah JIP menyebarkan serta membudayakan budaya penyebaran ilmu secara maya.

JIP sentiasa komited dalam menyemarakkan budaya ilmu, penyelidikan dan pembangunan inovasi.Diharapkan sumbangan ini akan dimanafaatkan oleh semua pencinta ilmu khasnya anak-anak didik kami di IPG KBM.

Selamat Membaca.

Pn Anisah Hashim
Ketua Sidang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MENJENTIK MINDA.....

" Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim,
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yang paling berharga selain
memberi maaf... "